Islam dan Sains
God Spot:
Saraf Pendorong Manusia Mencari Tuhan
Foto
Zulaikha Mohd. Anuar
Penyelidikan Dr. V Ramachandran tentang neurobiologi
saraf manusia yang bertindak balas dengan aspek keagamaan,
mengenal pasti saraf spiritual otak dan juga untuk menerangkan
bagaimana ritual agama memberi kesan kepada perilaku manusia.
Pada tahun 1997, sekumpulan saintis pakar saraf dari Universiti California di San Diego yang diketuai oleh Dr. Vilayanur Ramachandaran telah berjaya menemui satu saraf kecil di dalam otak manusia yang mampu bertindak balas terhadap aspek agama dan ketuhanan. Saraf tersebut akan menjadi lebih utuh sekiranya dirangsang untuk terus mengingati Tuhan. Penyelidikan ini dikenali sebagai 'God Spot' atau 'God Module'. Tidak dinafikan bahawa dunia melihat penemuan ini sebagai sesuatu yang menakjubkan. Apapun, adalah tidak menghairankan jika fungsi saraf ini telah ditemui. Terbukti Tuhan telah menciptakan manusia dengan kemampuan fizikal (saraf) untuk kita sentiasa ingat dan tunduk pada-Nya. Bahkan di dalam kitab suci Al-Quran sendiri, Allah SWT pernah berfirman :
"Kami
akan memperlihatkan
kepada mereka tanda-tanda
(kekuasaan) Kami di segenap ufuk
dan pada diri mereka sendiri, sehingga
jelaslah bagi mereka bahawa Al-Quran itu
adalah benar "
(QS Fussilat : 53)
Untuk mendapatkan kupasan lebih lanjut berkenaan `God Spot' ini, Majalah i telah menemu bual pakar pengimejan diagnostik dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Dr. Suraiya Ibrahim.
Merujuk kepada penyelidikan Dr. V Ramachandran itu, Dr. Suraiya menjelaskan bahawa bidang sains 'neurotheology'merupakan satu perkembangan yang masih baru. Antara lain bidang ini mempelajari tentang neurobiologi. saraf manusia yang bertindak balas dengan aspek keagamaan, mengenal pasti saraf spiritual otak dan juga untuk menerangkan bagaimana ritual agama memberi kesan kepada perilaku manusia. Sebelum. itu marilah kita mengenal pasti fungsi otak terlebih dahulu.
Otak adalah organ paling kompleks yang ada di dalam tubuh manusia. Otak dianugerahkan oleh Tuhan dengan tujuan untuk membezakan manusia dengan haiwan dan ciptaan-ciptaan Tuhan yang lain. Di dalam otak manusia, terdapat 100 bilion neuron (saraf sel). Manakala trilion saraf lagi menghubungkan serat yang dipanggil sinapses. Otak manusia mampu menyimpan 100 ribu fakta dalam satu-satu masa dan berjutajuta fakta sepanjang hayatnya.
Kaedah Kaiian 'God Spot'
Sebelum kajian ini dijalankan, para pesakit epilepsi atau sawan (temporal lobe epilepsy) melaporkan bahawa mereka begitu kuat mengingati Tuhan sebaik sahaja mereka serangan sawan berlaku. Mereka mengaku bahawa mereka berasa lebih dekat dengan Tuhan dan seolah olah mendapat petunjuk semasa mereka berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Situasi tersebut telah menarik minat penyelidik hinggalah membawa kepada kajian tentang 'God Spot'.
Kajian ini telah melibatkan dua kelompok manusia sebagai tujuan perbandingan kajian. Kumpulan pertama merupakan pesakit sawan dan yang kedua pula ialah golongan yang beragama misalnya paderi, 'nun, sami Budda dan termasuk alim ulama dari agama Islam. Kajian dijalankan dengan kaedah teknikal mereka iaitu EEG, fMRI dan PET Scan.
Semasa sedang diuji, tindak balas otak mereka telah direkodkan. Para testimoni ini telah ditunjukkan beberapa siri perkataan yang merujuk kepada agama dan ketuhanan sepanjang kajian. Hasilnya, para pesakit epilepsi dan kumpulan agama ini menunjukkan tindak balas saraf yang sama sebaik mereka memikirkan tentang Tuhan dan kepercayaan. Dengan erti kata lain, 'God Spot' bertindak sama seperti antena yang memandu kita untuk berfikir tentang ketuhanan.
Hasil kajian akhirnya mendapati tidak kiralah sama ada seseorang itu percaya kepada agama mahupun tidak, ia sebenarnya bergantung kepada sejauh mana saraf ini digunakan dan diperkembangkan.
Dengan itu, sebaik sahaja manusia melangkahkan kaki ke tempat ibadah yang suci sama ada masjid atau gereja, perasaan ingin menghambakan diri dan ingin menjunjung Tuhan sentiasa mengisi hati mereka. Sesetengah saintis mengatakan itulah tindakan 'God Spot; atau pusat spiritual yang terkandung di dalam otak manusia.
Tuhan meletakkan saraf 'God Spot' di dalam otak manusia kerana itu adalah pilihan-Nya sebagai salah satu cara untuk Dia berhubung dengan hamba-Nya. Dan kita sebagai hamba boleh memperkembangkan lagi saraf ini jika kita mahu lebih mengenali dan memahami tentang Tuhan.
Memetik inspirasi daripada ayat AlQuran, Dr-Suraiya menjelaskan bahawa 'God Spot' haruslah diperkembangkan dengan sempurna bagi mereka yang mencintai agama. Manakala bagi mereka yang tidak mahu memperkembangkan fungsi saraf 'God Spot' ini, mereka akan dikatakan sebagai pekak, bodoh dan buta'Summun Bukmunn Ummyunn'.
Kecerdasan Spiritual
Kalau dulu kita hanya tahu yang otak digunakan untuk kecerdasan minds (Intelligent Quotient -IQ) dan kecerdasan emosi (Emotional Quotient), kini dengan terbongkarnya 'God Spot', kita telah belajar tentang satu lagi potensi manusia yang lebih hebat dan luar biasa iaitu kecerdasan spiritual (Spiritual Quotient). Jadi dengan tergabungnya ketiga tiga kecerdasan ini, manusia akan menjadi lebih sempurna dan terpuji.
Menurut Dr.Suraiya. umat Islam dipandu oleh wahyu dan Al-Quran adalah panduan sepanjang hayat. Jadi apabila adanya kajian saintifik yang berjaya membenarkan isi-isi Al-Quran ini, sebagai umat Islam kita wajar untuk bersyukur dan meningkatkan lagi keimanan diri.
Kita telah mempelajari tentang saraf 'God Spot' yang ada di dalam otak setiap manusia. Sekiranya saraf ini dirangsang dengan sempurna, perilaku manusia pastinya akan lebih sihat dan sejahtera tidak kira dari segi fizikal mahupun mental. Pendek kata, sifat kemanusiaan akan lebih tergarap dan lahirlah insan yang lebih terpuji. Namun, kehendak untuk memperkembangkan 'God Spot' ini pule bergantung kepada kecerdasan emosi dan spiritual di dalam diri seseorang.
Mereka mengaku bahawa mereka berasa lebih dekat dengan Tuhan dan seolah-olah mendapat petuniuk semasa mereka berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Apakah itu kecerdasan emosi dan spiritual? Bagaimanakah pula caranya untuk kita mencapai tingkat kecerdasan itu? Dan terakhir sekali, apakah pula pentingnya kecerdasan emosi dan spiritual pada manusia?
Memetik sedikit tulisan daripada buku ESQ Emotional Spiritual Quotient, Danah Zohar dan Ian Marshall telah mendefinisikan kecerdasan spiritual sebagai kemampuan untuk menempatkan tindakan dan hidup kita dalam konteks yang lebih luas. Apabila spiritual di dalam hati manusia telah dididik dengan sempurna, ia secara tidak langsung mampu memicu kecerdasan intelek (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) ke arah yang lebih sejahtera. Bukan sahaja untuk Tuhan dan diri sendiri, bahkan juga terhadap perhubungan dengan orang lain, alam dan apa sahaja yang ada di muka bumi ini.
Menurut Dr. Suraiya pula, manusia yang bertindak berdasarkan kecerdasan intelektual (IQ) semata-mata adalah manusia yang kaku atau boleh juga diklasifikasikan sebagai 'robot'. Mereka boleh mencapai tingkat kejayaan hidup yang tinggi tetapi pengisian nilai mereka adalah sifar. Mereka hanya mengejar material yang nampak, misalnya wang, harta, pangkat, kekayaan dan kesenangan hidup. Mereka ini hidup bertunjangkan kepada nilai duniawi semata. Seharusnya ia perlulah digabungkan dengan kecerdasan emosi (EQ). Kecerdasan emosi akan membantu orang itu untuk melahirkan rasa gembira, suka, prihatin, marah, sedih, bertangungjawab, bertimbang rasa dan banyak lagi yang ada di dalam dirinya. Apabila ini terjadi, barulah orang itu boleh dianggap mempunyai 'nilai'. Namun begitu, kedua-dua nilai ini ternyata belum cukup untuk melahirkan peribadi yang menuju kesempurnaan.
Oleh itu, apabila kedua-dua nilai ini digabungkan dengan nilai spiritual, orang itu akan menjadi lebih sempurna. Kecerdasan spiritual membantu manusia mengeluarkan potensi diri dari sudut terdalam yang ada pada diri mereka (self conscience). Hasilnya, orang yang kuat akan membantu orang yang lemah, yang kaya akan membantu yang miskin dan yang lebih akan membantu yang kurang. Begitulah seterusnya. Ringkasnya, naluri kemanusiaan ini akan terdidik pada landasan yang dikehendaki oleh agama.
Meningkatkan Kecerdasan Emosi dan Spiritual
Tahap IQ adalah tetap manakala tahap EQ boleh ditingkatkan. Sebenarnya kecekapan emosi boleh dipelajari dan ditingkatkan pada bila-bila masa dan oleh sesiapa sahaja biarpun peribadi orang itu sudah diketahui tidak berapa baik, misalnya pemarah, sombong, bongkak dan sebagainya. Dengan melihat dari sudut kemanusiaan, terbukti bukan IQ yang mempengaruhi nilai dan watak seseorang. Sebaliknya ia bergantung kepada kemampuan emosi. Seharusnya sebagai manusia, kita dinasihatkan agar sentiasa meningkatkan kecerdasan emosi dan spiritual ini.
Dalam Islam, perkara penting yang perlu ada untuk meningkatkan kecerdasan emosi dan spiritual ialah dengan sentiasa mengamalkan konsep konsistensi, kerendahan hati, berserah diri, keikhlasan, menyeluruh, keseimbangan, integriti dan penyempurnaan. Sebenarnya inilah nilai yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w.1400 tahun yang lalu dan jelas terbukti kecerdasan emosi dan spiritual adalah akhlak dalam Islam.
Robert K. Cooper, PhD dan Ayman Sawaf pula memberikan satu kaedah untuk meningkatkan kecerdasan emosi iaitu bangun tidur lima minit lebih awal daripada kebiasaan. Luangkan seminit dua untuk duduk dengan tenang dan pasangkan mata hati. Keluarlah dari fikiran dan masuklah pula ke dalam hati. Rasa yang terkandung di sini akan melahirkan apa yang anda rasai. Menurut Cooper dan Sawaf, cara ini mampu mendatangkan kejujuran emosi, meningkatkan nilai-nilai kebijaksanaan dalam jiwa dan menyalurkannya ke dalam diri sehingga anda dapat mengaplikasikannya dengan lebih berkesan.
Menurut penulis buku Emotional Spritual Quotient, Dr.Ary Ginanjar, sebagai seorang Islam, solat adalah cara terbaik untuk mencapai tingkat 'masuk ke dalam hati dan keluar dari fikiran anda' ini. Solat yang dilakukan dengan khusyuk mampu menajamkan hati dan menjelmakan sifat-sifat terpuji di dalam diri. Pendapat ini disokong oleh Dr. Suraiya. Menurut beliau, gerakan di dalam solat khususnya semasa bersujud adalah satu simbolik secara psikologi untuk mewujudkan rasa hamba di dalam diri. Dengan ini, manusia faham akan fitrah asal kejadiannya dan tidak akan sekali kali mengingkari kenyataan ini.
Ketika bersujud, otak manusia berada pada tahap paling bawah dan di sinilah asalnya kita insaf akan kejadian diri. Bahkan dari sudut kesihatan juga, gerakan solat khususnya sujud mempunyai kesan yang amat baik pada kesihatan. Sujud misaInya mampu melancarkan perjalanan darah, melegakan paru-paru daripada ketegangan, pergerakan otot menjadi lebih kuat dan elastik, mengelakkan pendarahan otak jika tiba tiba pengepaman darah berlaku dengan kuat dan banyak lagi.
Kesan Pada Pesakit
Sebagai seorang pengamal perubatan, Dr. Suraiya mengakui beliau banyak mempelajari tentang kepentingan hal tersebut dengan melihat kepada reaksi penerimaan pesakit-pesakit beliau yang berbeza-beza.
"Apabila pesakit mempunyai tingkat kecerdasan emosi dan spiritual yang tinggi, mereka biasanya reda dan bersedia dengan takdir yang telah ditentukan terhadap mereka. Bagi yang beragama Islam, penyakit adalah ketentuan (Qada' dan Qadar) dari Allah SWT. Saya akui melayani pesakit yang seperti ini sangat mudah. Mereka tidak sedikit pun mengeluh. Usaha penyembuhan juga menjadi lancar.
Berbeza dengan mereka yang tidak mempunyai tingkat kecerdasan emosi dan spiritual yang sepatutnya. Golongan ini lazimnya tidak reda dengan ujian penyakit itu dengan bersikap menyalahkan orang lain dan paling menyedihkan, ada di kalangan mereka yang mempersoalkan tentang takdir yang menimpa mereka," ujar beliau.
Tambah Dr. Suraiya lagi, ternyata kecerdasan emosi dan spiritual itu sangat penting dalam pembangunan insan. Apabila kecerdasan emosi dan spiritual `berjalan' pada landasan yang sepatutnya, seseorang itu akan mampu:
Pertama; memahami dan menginsafi tujuan asal mereka dijadikan di muka bumf ini. Apabila mereka menjadi anak, mereka akan menjadi anak yang baik. Apabila mereka menjadi pasangan, mereka akan menjadi pasangan yang baik dan apabila mereka menjadi pekerja, mereka akan menjadi pekerja yang balk.
Kedua; melahirkan potensi diri pada tahap yang tinggi.
Ketiga, memahami orang lain dan Skala perhubungan akan menjadi lebih mudah.
Keempat, menerima apa sahaja ketentuan yang telah ditakdirkan ke atas diri mereka. Tetapi dalam mass yang sama, mereka tidak pernah lupa untuk berusaha.