Isnin, 19 April 2010

World’s largest animals on the earth.

 
        Doing research for the world's largest animals
1_5
Largest Animal : Blue Whale
The recorded weight of this animal was 190 tonnes with the length of 30m
2_5





Largest Living Land Animal : African Bush elephant
It has an average weight of 100 kg at the time of birth. The largest elephant recorded was a male having the weight of 13.5 tons and a length of 10.6 m (from trunk to tail) with a shoulder height of 4.2 m.








3
Largest living land carnivore : Polar bear and brown bear
The polar bear and brown bear are having having the weight of 1 ton and height of 3m.

4

Largest reptile : Saltwater crocodile
The crocodile has the length of 5 m. The largest recorded crocodile had a weight of 1,900 kg and 6.3 m length.

5

Tallest living land animal : Giraffe
Height of 5.8 m and it is considered as the tallest living animal on the land. Its weight is approximately 2,000 kg.

6

Largest living bird : Ostrich
Ostrich is the largest living bird having a height of 2.7 m and a weight of 156 kg.

7

Largest amphibian : Chinese giant salamander
The ugly look, Chinese giant salamander is the largest living amphibian having a weight of 64 kg and 1.83 m length.

8

Largest fish : Whale Shark
Whale shark is the largest living fish having a length of 13.6 m and 22,000 kg weight.

9

Largest invertebrate : Colossal Squid
Colossal Squid is the largest invertebrate which attains the maximum size of 14 m long. The largest recorded size of colossal squid was measured 10 m long with a weight of 494 kg. So you can imagine how huge it is.

10

Heaviest insect : Goliath beetle
Goliath beetle is the heaviest beetle having a weight of 115 g and a length of 11.5 cm.

Rabu, 7 April 2010

Sajak . BERSALAHKAH AKU

Bersalahkah aku

andai aku bangun berdiri..


bilamana yang lainnya duduk..


tidak senang dengan tuturku..




Bersalahkah aku?


Menegakkan kebenaran..


mencari keAdilan..


merisik kebetulan..



Bersalahkah aku?


bila suara ku tinggikan..


nadanya sedikit keras..


dalam membenarkan tutur ikhlas..



Bersalahkah aku?


bila ku yakin akan tingkahku..


aku pasti akan tindakanku..


aku nekad dengan keputusanku..



Bersalahkah aku?


melukai hati yang dikasihi..


sedang niatku tiada yang negatif..


Bagaiman harus aku diadili?


salah atau benar?


patut atau tidak?


waras atau....................?



Semakin aku fikir..


semakin aku jauh..


semakin aku menyendiri..


Haruskah aku diam?


Duduk dan jadi pendengar..


Usah suarakan kebenaran..


Usah tegakkan keAdilan..


Usah lagi risik kebetulan..


Itu yang sebaik mungkin..?


Tapi..bersalahkah aku???


Nukilan: Rozadania

Keluarkanlah aku dari almari


Waktu engkau kanak-kanak, kau laksana kawanku sejati..
dengan wudhu' aku disentuh dengan keadaan suci aku dipegang, dijunjung..
di atas rehal aku dipelajari aku dibaca dengan kuat atau perlahan setiap hari…
sekarang engkau dewasa..kau tak berminat lagi apakah aku…
hanya untuk kanak - kanak yang belajar tentang aku.Sekarang aku disimpan hanya sebagai perhiasan atau dibuat tangkal untuk menakutkan syaitan .
aku tersingkir.. dibiarkan bersendirian dalam kesepian di atas almari..di dalam laci… aku dipendamkan.

Dulu pagi-pagi..surah- surahku engkau baca beberapa halaman ,sekarang sambil minum kopi..engkau baca akhbar dan di masa lapang engkau baca novel karangan manusia sedangkan ayat-ayatku datang dari Tuhan yang Maha Perkasa.
Waktu malam engkau baring di depan TV menonton pertandingan bola dan lakonan manusia , di depan komputer berjam-jam engkau duduk masa berlalu… aku menjadi buruk dalam gerobok mengumpul debu diselaputi habuk.Apakah suratkhabar, TV, komputer memberimu hikmat.. bila engkau dikubur..bersendirian menanti kiamat engkau didatangi para malaikat untuk pemeriksaan hanya dengan ayat-ayat Tuhanmu engkau akan terselamat.
Sekarang engkau begitu leka membuang peluang setiap saat berlalu..kuranglah baki usiamu dan kubur sentiasa menunggumu engkau bisa kembali kepada Tuhanmu..bila-bila waktu apabila malaikat maut mengetuk pintu.
Kalau aku dibaca selalu dan dihayati di kubur kelak.. aku datang sebagai seorang pemuda tampan membantu engkau membela diri peganglah aku lagi..bacalah aku setiap hari kerana ayat-ayat ku adalah dari Tuhan Yang
Maha Mengetahui yang disampaikan oleh Jibril kepada Nabi saw.
Keluarkanlah aku dari almari… sentuhlah aku lagii.. jangan biarkan aku sendiri sebab aku sentiasa menanti.

Adat perpatih dengan adat Temenggong


Pengenalan
Adat Perpatih dan Adat Temenggung dapat dikategorikan sebagai hukum adat di negeri-negeri Melayu. Adat ini berasal dan Utara Sumatera dan dikembangkan oleh dua beradik iaitu Datuk Ketemenggungan yang kemudiannya berkuasa di Palembang (Adat Temenggung) dan Datuk Perpatih Pinang Nan Sebatang yang kemudiannya berkuasa di Pagar Ruyung (Adat Perpatih)

Adat Temenggung diamalkan di semua negeri kecuali Negeri Sembilan dan Naning di Melaka yang mengamalkan Adat Perpatih. Hukum adat ini meliputi segala aspek kehidupan, aturan hidup adat istiadat dan hidup bermasyarakat Hukum adat ini dipercayai dibawa masuk sekitar abad 15 M dan Kemudiannya berkembang di negeri-negeri taklukan Melaka. Contoh Undang-undang Johor yang diamalkan di Johor dan Kedah, Undang-undang Pahang di Pahang dan Undang-undang 99 Perak di Perak. Adat Temenggung kemudiannya diresapi dengan pengaruh Islam dan hukum syarak bermazhab Shafie

Perbezaan antara Adat Perpatih dan Adat Temenggung

(a) Bersifat Matriarchal I Patriarchal
- Dalam Adat Perpatih kaum wanita mempunyai kedudukan dalam masyarakat
• kaum wanita mempunyai hak dan keutamaan dalam mewarisi harta
• nisab keturunan juga dikira melalui suku ibu
• anak perempuan menjadi asas dalam wujudnya suku
— DalamAdatTemenggung, dalam keluarga kaum lelaki mempunyai kedudukan
• anak lelaki mempunyai hak dalam mewarisi harta
• susur keturunan diperkira dari sebelah lelaki
• Lelaki juga berperanan sebagai ketua keluarga

(b) Perkahwinan
— Dalam Adat Perpatih, suami dikenali sebagai orang Semenda
• bertanggungjawab menyediakan kediaman untuk isteri dan anak-anaknya
• tempat kediaman atau rumah kemudiannya menjadi hak isteri

(c) Tarafperkahwinan
— Dalam Adat Perpatih perkahwinan melibatkan berlainan suku dan tidak mengalakkan perkahwinan antara sesama suku kerana suku yang sama adalah dianggap bersaudara
— Dalam Adat Temenggung perkahwinan dibenarkan dengan sesiapa sahaja asal tiada mempunyai talian persaudaraan
• sekiranya bercerai dengan talak tiga boleh kembali rujuk setelah isterinya diceraikan oleh suami barunya
• dilarang berkahwin dengan perbezaan agama

(d) Pentadbiran
— Adat Perpatih bersifat demokrasi
• kuasa dibahagi antara Undang, Lembaga, Buapak, dan masyarakat
• pemilihan ketua dilakukan dengan persetujuan ketua yang berada di setiap peringkat
• masyarakat akan memilih Buapak, tiga Buapak pula dipilih oleh Lembaga, Lembaga memilih Undang dan Undang memilih dan melantik Yang Dipertuan Besar
— Dalam Adat Ternenggung pula pentadbiran diberikan keistimewaan
• pentadbiran diketuai oleh Raja atau Sultan dan dibantu oleh pembesar denganjawatan tertentu dan pembesar di peringkat wilayah
• sultan melantik pembesar
• ketua peringkat paling bawah ialah Ketua Kampung
• sultan berperanan sebagai lambang pepaduan antara rakyat dan ketua negara
• anak lelaki sultan merupakan pewaris takhta
• sekiranya tiada anak lelaki, adik lelaki sultan akan mewarisi takhta
• jika kedua-dua di atas tiada, maka Bendanara akan menjadi sultan
• keputusan pentadbiran dilakukan secara mesyuarat antara sultan dengan pembesar

(e) Perundangan
— Dalam Adat Perpatih undang-undang jenayah lebih bersifat menyedarkan manusia. bertimbang rasa dan berunsur pemulihan
• kesalahan yang dilakukan boleh ditebus dengan membayar ganti rugi
• ganti rugi mengikut tahap seperti seseorang yang dicederakan akan dibayar dengan ayam atau kambing, mangsa kecurian akan memperolehi kembali gantian barangnya, dan pembunuh akan menanggung kehidupan keluarga mangsa
• Yang Dipertuan Besar atau Undang sahaja yang boleh menjatuhkan hukuman bunuh
• Buapak dan Lembaga boleh menjatuhkan hukuman lain
— Dalam Adat Temenggung undang-undang jenayahnya lebih tegas
• hukuman terhadap pembunuhan ialah balasan bunuh
• raja akan menjatuhkan hukuman


( f ) Semangat Kesukuan
Dalam Adat Perpatih ikatan persaudaraan adalah melalui suku
• setiap ahli keluarga berasaskan kepada suKu
Adat Temenggung tidak ada pengkhususan seperti Adat Perpatih


(g) Pembahagian harta — Dalam Adat Perpatih, harta milik keluarga
• harta tidak dapat dipindah milik atau dijual kepada keluarga lainnya tanpa persetujuan ahli keuarga .
— Dalam Adat Temenggung harta milik individu
• pindah milik harta dan penjualan ditentunkan pemilik harta berkenaan

Kesimpulan
Adat Perpatih dan Adat Ternenggung jelas mempunyai perbezaannya Walau bagaimanapun, kedua-dua hukum adat ini mempunyai maksud yang sama untuk melindungi anggota masyarakat, hidup dengan mematuhi kepada peraturan berdisiplin. rnenghormati sesama manusia, mematuhi adat istiadat. Kedua-duanya merupakan antara jenis hukum adat yang diamalkan di Tanah Melayu pada waktu dahulu (sekitar ahad 17M) dan masih berlangsung hingga hari ini khususnya di Negeri Sembilan dan Naning di Melaka.

Selasa, 6 April 2010

Sejarah tulisan


 Inskripsi bertarikh 779 masihi ditemui di Ligor, Semenanjung Malaya merujuk kepada perhubungan antara India dan Malaya. Dr Quarutch Wales telah menemui ukiran zaman Kedah Tua di atas batu bersegi empat, mengandungi simbol rumusan ye-dharma selatan India pada kurun ke-empat, terpampang pada tiga bahagian dalam tulisan Pallava atau Vatteluttu ditulis dalam kurun ke enam. Di wilayah lain dalam kawasan Kedah ditemui pula tulisan Sanskrit bertarikh 1086. Inskripsi ini ditinggal oleh Kulothunka Chola I (Empayar Chola). Ini juga merujuk kepada hubungan perdagangan Empayar Chola dengan Malaya. Semua inskripsi Sanskrit ini merujuk kepada kegiatan dan pemerintahan negeri selatan India. Rekod J.V. Sebastian, K.T. Thirunavukkarasu dan A.W. Hamilton mengatakan bahasa Sanskrit menjadi salah satu bahasa komersial di Nusantara sepanjang sejarah. Pelayaran pendagang India memberi kesan ke atas saudagar Sumatera dan Melayu semenanjung selama beberapa kurun berkaitan dengan aktiviti perdagangan. dalam kurun ke `17, Syarikat Belanda Timur India mewajibkan penggunaan bahasa dari India dalam urusan surat-menyurat. Istilah Melayu dalam buku simpanan dan kira-kira kebanyakannya dalam bahasa Sanskrit di Melaka dan perlabuhan yang lain sehingga kurun ke 19.
Kata pinjaman frasa Sanskrit India dalam bahasa Melayu umpanya akka – kakak, kadai – kedai, kappal – kapal, katikam – ketika, nagaram – negara, purva – purba, raja- raja, suniyam – sunyi, tali – tali, vakai- bagai.
Tulisan Melayu Tua adalah Kawi bercampur dengan tulisan jawi seperti yang ditemui di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan. Inilah tulisan tua yang digunakan dalam bahasa Melayu termasuk di Indonesia. Ia banyak dipengaruhi tulisan Sanskrit yang menjadi bahasa Lingua Franca antara Hindu dan Buddha.

Batu bersurat ini terletak di Makam Syeikh Ahmad Majnu di kompleks pengkalan Kempas, berhampiran Port Dickson. J.G. de Casparis membaca tulisan ini dan diperturunkankan kembali oleh Prof Othman Mohd Yatim sebagai:

Penampang Utara:
Bismillahirrahmanir rahim
dara buta buka ata-
mat Majanu berbawat
daya/seda ahmat
Pwan balat anak sadang
Ahmad Majanu ma Malaga
pada Allah
"Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Penyayang, makam ini kepunyaan Ahmad Majanu, wira yang berjuang, Ahmad gugur bersama-sama isteri Balat dan anak lelakinya. Semasa berjuang dan gugur." (di baca oleh Casparis)


Penampang selatan:
bismillahirrahmanir rahim
pertama Ahmad Maja-
nu masuk ke jalan tat-
kala raja-raja danan ba-
tun barah talang ketangkap
lalagi phana wassalam
1385

"Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi Penyayang, Ahmad Majanu adalah yang mula-mula muncul di tepi jalan ketika raja dan Tun (?) Barah Talanga ditangkap. Akhirnya beliau ghaib (dalam tahun Saka 1385)
Sejarah penulisan bahasa Melayu terbahagi kepada empat zaman.


Melayu Kuno
Tulisan tertua bertarikh 682 Masihi ditemui di Kedukan Bukit, berhampiran Palembang dan banyak lagi bertarikh dari kurun ke 7 hingga kurun ke 9 telah dijumpai di Sumatera, Jawa barat, Luzon, Manila dan lain-lain lagi. Tulisan Melayu tua ini menjadi contoh tulisan Melayu Kuno atau tulisan Melayu awal. Kesemua inskripsi ini ditulis dalam tulisan pallava yang kebanyakannya meminjam dan berunsur tulisan Sanskrit. Tulisan ini berakhir pada kurun ke 17.

Zaman Peralihan
Tulisan peralihan moden Melayu terawal yang mashur ialah dalam tulisan Arab di batu bersurat Terengganu ditulis dalam kurun ke 14 Masihi. Zaman ini juga ada ukiran teks Kawi Jawa bercampur aduk dengan tulisan Arab di temui di Pengkalan Kempas.


Zaman Melaka
Pemerintahan kesultanan Melaka telah memajukan bahasa Melayu dalam perdagangan dengan cepat di samping menyebarkan Islam dan sastera Islam. Kemajuan ini mengubah sifat bahasa dengan sedutan besar-besaran perbendaharaan kata Arab, Parsi dan Hindi. Kemajuan ini merosot selepas 1511.

Melayu Moden Masakini
Bahasa Melayu dimajukan dengan serapan banyak perkataan Portugis, Belanda dan Inggeris dalam kurun ke 19. Ia menjadi bahasa kebangsaan buat Malaysia dan Indonesia selepas mencapai kemerdekaan.
[The Encyclopedia of Malaysia: Languages & Literature by Prof. Dato' Dr Asmah Haji Omar (2004) ISBN 981-3018-52- 6. ]


Inskripsi Batu Bersurat Terengganu
Batu bersurat yang mengandungi kanun Islam ini ditulis dalam tulisan Arab kira-kira 1303 M yang silam. Tuhan atau Subhanahu wa Ta'ala telah diungkapkan dengan Dewata Mulia Raya.
Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba menegoh Ugama Islam....... .....
Inskripsi Kedukan Bukit

Inskripsi Kedukan Bukit telah diekuavasi oleh Dutchman M. Batenburg on 29 November 1920 di Kedukan Bukit, Sumatera Selatan, di atas permatang sungai Tatang, anak sungai Musi. Batu ini kecil berukuran antara 45 ke 80 cm.
Teks Melayu Kuno:
svasti śrī śakavaŕşātīta 605 (604 ?) ekādaśī śu
apunta hiya,,klapakşa vulan vaiśākha d<(m> nāyik di
sāmvau mangalap siddhayātra di saptamī śuklapakşa
apunta hiya,vulan jyeşţha d<(m> maŕlapas dari minānga
vala dualakşa dangan ko-(tāmvan mamāva yam
duaratus cāra di sāmvau dangan jālan sarivu
di mata jap(tlurātus sapulu dua vañakña dātam
sukhacitta di pañcamī śuklapakşa vula ….
marvuat vanua …..(laghu mudita dātam
śrīvijaya jaya siddhayātra subhikşa .....


Terjemahan: Om swasti astu! Salam sejahtera. Pada tahun Saka 605, hari ke 11, paruh terang bulan Waisaka, Sri Baginda naik sampan untuk mendapatkan "siddhayatra" (1). Pada hari 7, hari ke 15 paruh terang bulan Jyestha, Sri Baginda melepaskan dirinya dari minga tamban (?). Beliau membawa bala tentara dua laksa dengan … banyaknya dua ratus di sampan dengan pejalan seribu tiga ratus duabelas . Mereka datang di … Sungguh bersukacita pada hari ke 15 paruh terang bulan…, ringan, gembira dan datang melawat daerah … Sriwijaya jaya! bahagia dan kaya


Bandingan penulisan Jawa dan Bali dengan yang tulisan yang diaplikasikan di Thailand dan Kemboja, menunjukkan ada bentuk yang sama. Ini menguatkan bahawa tulisan-tulisan ini berasaskan tulisan dari India samada Pallava, Vengi atau Cera. Jadual di bawah menunjukkan jenis-jenis huruf atau silibus yang ditemui


dalam inskripsi raja-raja di Indonesia yang silam.
Inskripsi di Gunung Jerai

Dalam tahun 1939, H.G.Q. Wales telah melawat dan mengenal pasti Gunung Jerai sebagai tapak 9. Menurut beliau terdapat sembilan pediang-pediang mazbah Navagraha atau 9 bintang astronomi Hindu. H.G.Q. Wales turut menemui beberapa ketul bata yang dirujuk sebagai Class 2, iaitu ketulan bata yang lebarnya kurang dari 7 inci, diperbuat selepas tahun 900 Masihi.

Menyorot penemuan jenis ketulan granit, bentuk batanya agak menarik. Setiapnya kelihatan dalam potongan serong kira-kira 14 × 7 × 2 3/4 . I.H.N. Evans dan H.G.Q. Wales langsung tidak menyebut inskripsi Arab in situ kerana blok serong yang diukir itu telah disimpan di Muzium Taiping pada tahun 1894
. Inskripsi ini tinggal dalam tanda tanya dan misteri. Walaupun blok itu telah di jaga rapi, mengapa pula G.A. Lefroy atau F.W. Irby memencil dan menyepikan penemuan ini dari hebahan.

Matawang Kedah

Dalam bulan September 1982, orang bertemu sebutir bejana tembikar penuh duit syiling perak di Pulau Langkawi. Setiap kepingnya bertulis "Muhammad Syah" dan di sebelah lagi bertulis "al-Sultan al-Qadah". Duit itu ialah duit Kedah sebelum 1236.
[Sejarah Kemasukan Islam Di Kedah Dan Perkembangannya: Tuan Haji Ismail Salleh]
Wang Emas ini diperkenalkan pada zaman Sultan Dhiauddin Mukarram Shah (1661 - 1687), Kedah.
Wang Emas pada zaman Sultan Sulaiman Shah 1620, Kedah


Duit bertarikh 1141 Hijarah (1728 Masihi) terukir Sultan Muhammad Jiwa Khalifatul Rahman.

Duit ayam sabung bertenggek di atas beberapa gelang ini diperkenalkan di zaman Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Muazzam Shah (1710 -1773), Kedah. Ia menunjukkan nilai 5 sen dalam Dollar perak Spanyol dan setiap gelang dinilai sebagai satu sen dollar perak Spanyol.

Inskripsi Nisan Ratu al-Ala di Minye Tujoh, Aceh

Dalam tulisan huruf Jawa kuno[1], sebuah puisi berirama dibaca oleh Stutterheim seperti berikut:
Hijrah nabi mungstapa yang prasaddha
tujuh ratus asta puluh savarasaa,
haji catur dan dasa vara sukra,
raja iman (varda) rahmatullah,
gutra bha (ru bha sa (ng) mpu hak kadah pase me
tarukk tasih tanahsamuha,
ilahi ya rabbi tuhan samuha,
taruh dalam svarga tuhan tutuha,
"baginda telah pergi, selepas Hijrah nabi (terpilih) mustafa,
Jumaat, 14 haribulan Zulhijjah 791,
Raja beriman Varda Rahmatallah,
dari rumah Bharubha, yang menguasai Kedah dan Pasai,
yang bertunas seluruh dunia,
Ilahi wahai tuhan ku,
tempatkan pemimpin kami dalam syurga
Tanggapan:

Raja Aceh dikatakan pernah menyerang kerajaan Kedah dalam kisah Puteri Lindungan Bulan, sebab itu dikatakan Raja Aceh tersebut menguasai Kedah dan Pasai.

Di Nusantara, kebiasaan bentuk nisan tersebut menunjukkan permakam seorang perempuan seperti yang terdapat di Kg Tok Soh, Pinang Tunggal dan Makam keramat Tok Jame berhampiran Kepala Batas, Jitra.

Sumber sekunder yang lain saya pernah mendengar dari buah bibir orang tua-tua termasuk ayah saya sendiri, Kedah dikenali juga sebagai Kedah Pasai Ma.


Inskripsi Parsi di Kedah

Kamus Munjid menyenaraikan 9 jenis kaligrafi Arab yang terkenal. Salah satu daripadanya adalah tulisan Parsi yang dipercayai turut dipinjam dalam sistem tulisan Jawi di Nusantara seperti huruf Ga dan Ca.
Saya telah mempelajari 9 jenis tulisan arab tersebut pada suatu ketika dahulu. Hari-hari dan masa yang berlalu pergi menemukan saya dengan beberapa tulisan Parsi di Kedah.

Kadaram dalam Inskripsi Tanjore



Inskripsi ini didapati di kota lama Tanjore, Tamil Nadu bertarikh sejak 1030 Masihi. Ia menerangkan serangan Rajendra Chola atas empayar Sri Wijaya, negeri yang bernama Kadaram memberikan tentangan hebat. Kebanyakan sejarawan bersetuju Kadaram yang dimaksudkan adalah Kedah. Antara terjemahan daripada inskripsi tersebut ialah:
"Beta Rajendra menghantar beratus-ratus kapal ke lautan bergelora telah berjaya menawan Sang Rama Bijaya Tungga Warman iaitu Raja Negeri Kadaram sekali dengan gajah-gajah angkatan perangnya yang sangat hebat. Beta telah merampas harta-harta yang amat banyak kepunyaaan raja itu yang dikumpulnya dengan jujur sejak beberapa lama."(Paul Wheatley, 1961 : 199-200)
Dalam Hikayat Merong Mahawangsa menyebut sepintas lalu peperangan dahsyat itu:
"Sebermula maka tersebutlah perkataan Pulau Langkapuri itu selama peninggal Perang Seri Rama dan Andanum jadi sunyilah pulau itu, tiada siapa-siapa duduk".
[

Peranan minda dalam menentukan kejayaan kita.

Apa yang menjadikan seseorang itu kaya atau tidak, semuanya bergantung kepada minda. Untuk menjadi kaya, kita perlu mempunyai minda kaya. Artikel saya kali ini adalah untuk membincangkan perbezaan minda kaya dan minda miskin.

Sebelum itu, ingin saya jelaskan bahawa, dalam konteks minda, bukan maksudnya minda kaya adalah lebih baik dari minda miskin. Keadaan minda kaya akan membuka peluang-peluang yang terdapat disekeliling kita, manakala dengan mempunyai minda miskin, kita akan terasa bahawa peluang di sekeliling kita seperti tertutup.

Minda kaya fikir besar, manakala minda miskin fikir kecil

Minda kaya mempunyai matlamat. Bukan sahaja matlamat biasa, tetapi matlamat luar biasa- matlamat yang besar. Dengan mempunyai matlamat yang besar, minda kaya mempunyai satu fokus untuk dituju. Tanpa matlamat, sudah pasti kita tidak dapat melihat kearah mana kita harus pergi.

Minda kaya menetapkan matlamat setinggi bintang. Sekiranya berusaha, tetapi tidak capai, masih lagi akan mencapai bulan.

Minda miskin pula berfikiran kecil. Sering kali, mereka adalah dalam lingkungan 98% masyarakat yang tidak mempunyai matlamat. Sekiranya ada matlamat pun, mungkin matlamatnya kecil, seperti ingin mencari wang secukupnya untuk tanggung perbelanjaan bulan depan! Dan bulan depan pula, bermatlamatkan yang sama- “ingin mencari wang yang secukupnya untuk bulan akan datang!”

Minda miskin mempunyai matlamat yang kecil dan mempunyai matlamat jagka masa yang pendek. Manakala minda kaya mempunyai matlamat yang besar dan berfikir jauh sejauhnya kehadapan!

Minda kaya melihat 2 pilihan, manakala minda miskin melihat hanya satu pilihan

Seseorang yang mempunyai minda miskin akan melihat 1 sahaja pilihan, seperti, sama ada inginkan kekayaan ATAU kebahagian. Ingin menjalankan perniagaan ATAU meluangkan masa dengan keluarga. Ingin memberi dedikasi kepada mencari harta ATAU memberi dedikasi kepada keluarga.

Minda kaya tidak melihat sebagai 1 pilihan sahaja, tetapi segalanya mempunyai pilihan. Mengapa tidak inginkan kekayaan DAN kebahagiaan? Ingin menjalankan perniagaan DAN meluangkan masa dengan keluarga. Ingin dedikasikan diri mencari harta DAN memberi dedikasi kepada keluarga.

Tiada siapa yang kata kita hanya mempunyai 1 pilihan dalam hidup. Kita mempunyai berbagai-bagai pilihan dan kita patut seimbangkan apa sahaja yang kita lakukan. Menjadi seimbang adalah dengan memiliki kedua-duanya.

Minda kaya melihat orang kaya dengan perasaan inspirasi, manakala minda miskin melihat orang kaya dengan perasaan benci

Mereka yang mempunyai minda kaya akan mendapat rangsangan dan inspirasi dari melihat orang-orang berjaya yang lain. Rangsangan tersebut akan memberi motivasi kepada mereka untuk turut serta menjadi hebat. Satu teknik kejayaan yang penting dipanggil teknik role-model di mana, kita menjadikan kejayaan seseorang lain sebagai dorongan untuk kita juga menjadi berjaya. Minda kaya sering mempunyai role-model yang positif.

Manakala minda miskin pula melihat mereka yang berjaya dan mereka yang kaya dengan perasaan iri hati, dan adakalanya benci. Minda miskin akan mengejek dan memberi respons-respons negatif apabila melihat orang berjaya. Mungkin minda akan berbisik “Eleh… bawak mercedes… mesti songlap duit syarikat” atau “Eleh… dah kaya-kaya macam ni, mesti kaki perempuan”

Apa yang terjadi pada mereka yang mempunyai minda miskin adalah, mereka memenuhi minda sendiri dengan kata-kata negatif yang berkaitan dengan orang yang kaya dan berjaya. Apabila segalanya negatif yang digambarkan untuk mereka yang kaya, bagaimana pula diri sendiri “mahu” menjadi kaya. Sudah tentunya secara tidak sedar diri sendiri “takut” untuk jadi kaya oleh kerana takut nanti orang kata kita ni songlap duit syarikat dan kaki perempuan pula!

Jadi, berhati-hati apa yang anda katakan di minda. Jangan sampai memakan diri sendiri!

Minda kaya bergaul dengan minda kaya yang lain, minda miskin bergaul dengan minda miskin yang lain

Pepatah Mat Salleh berbunyi “If you want to fly with the eagles, you cannot be joining the turkeys”.

Maksudnya, untuk berjaya, kita perlu dekatkan diri kita dengan orang-orang berjaya yang lain. Orang berjaya yang mempunyai minda kaya. Berita baiknya adalah, minda kaya boleh berjangkit! Sekiranya kita sering berdampingan dengan orang yang berjaya, minda kita juga akan turut menjadi minda kaya. Oleh sebab itu kita sering lihat, mereka yang berjaya sering mendampingi mereka yang berjaya yang lain- kerana ingin minda berjaya menjangkiti minda masing-masing!

Berita buruknya pula adalah, begitu juga dengan minda miskin. Ia juga berjangkit! Sekiranya kita sering mendampingi mereka yang tidak berjaya, maka, kita juga akan berfikiran seperti mereka.

Kita akan menjadi sama seperti kumpulan kenalan yang kita dampingi. Bukan hendak kata jangan kawan dengan mereka yang tidak berjaya, tetapi, maksud daya adalah buka fikiran untuk mendekati mereka yang berjaya juga. Silap-silap, kenalan-kenalan minda miskin anda pula akan terjangkit dengan anda dan menjadi minda kaya! Semuanya menang!

Minda kaya fokus kepada peluang, manakala minda miskin fokus kepada halangan

Minda kaya akan sering fikirkan idea-idea baru dan peluang-peluang baru. Minda kaya adalah kreatif melihat peluang.

Kreatif? Bagaimana kalau kita tak kreatif? Mudah sahaja… fikirkan bahawa “kreatif” maksudnya “menjadikan lebih baik”. Kini, mudah untuk sesiapa sahaja menjadi “kreatif”. Kerana, anda hanya perlu fikirkan, bagaimana hendak menjadikan sesuatu itu lebih baik?

Minda kaya akan sering melihat peluang, sehingga seringkali, halangan dihadapan tidak dapat dilihat kerana apa yang mereka fokus adalah peluang.

Minda miskin pula fokus kepada halangan. Hendak mulakan perniagaan, dikatakan tiada modal. Hendak membuat jualan, dikatakan tidak pandai berbahasa Inggeris, hendak berjumpa pelanggan, di katakan tak cukup masa. Semuanya adalah halangan yang bertopengkan alasan.

Tiada modal? Kita mulakan perniagaan kecil tanpa modal! Tidak pandai berbahasa Inggeris? Kita beli akhbar berbahasa Inggeris dan belajar perlahan-lahan. Tak cukup masa? Kita belajar cara menguruskan masa dengan lebih efisyen- itulah pemikiran minda kaya. Tiada alasan, tiada halangan. Cuma peluang!

Berhenti sebentar dan fikirkan dimanakah kedudukan minda kita. Adakah kita mempunyai minda kaya, atau kita mempunyai minda miskin. Pilihannya ditangan empunya badan- pilihannya di tangan empunya minda- diri kita sendiri!

Khamis, 25 Mac 2010

Bagaimana Untuk Menggembirakan Hati Yang Sengsara, Sedih dan Kecewa.


Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental Anda, emosi Anda, kesabaran Anda. Tapi saya boleh jamin cara yang saya kongsikan ni, sebelum saya menulisnya, telah diguna oleh kebanyakan orang dan telah ditulis oleh ramai pakar motivasi, penulis buku pembangunan diri dan mereka sendiri telah melakukannya dulu.

Untuk tips motivasi kali ini, saya kongsikan 7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut, saya gabungkan dengan cara saya sendiri. Kita mulakan dengan...

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.

Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun... Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on...

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan.

Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti 'Keras'.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

Rabu, 24 Mac 2010

Kedatangan Dajjal

Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: "Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: "Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya." Kemudian berkata: "Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?" Kami menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu."

Rasulullah s.a.w berkata lagi: "Demi Allah aku me-nyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal. Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya.

Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.

Mereka bertanya kepada binatang itu: "Makhluk apa engkau ini?" Binatang itu menjawab: "Saya adalah Al-Jassasah." Mereka tanya: "Apa itu Al-Jassasah?" Binatang itu hanya menjawab: "Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: "Siapakah anda?" Orang seperti raksaksa itu menjawab: "Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: "Siapa kamu ini?"

Mereka menjawab: "Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.

"Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: "Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu."

Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya." Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: "Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu," nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab: "Keadaan apanya yang tuan maksudkan?" Orang besar itu menjawab: "Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?" Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: "Aku takut pokok itu tidak berbuah."

Orang besar itu bertanya lagi: "Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah." Mereka menjawab: "Tentang apanya yang tuan maksudkan?" Lelaki itu menjawab: "Maksudku airnya apakah masih ada." Mereka menjawab: "Airnya tidak susut." Lelaki itu berkata: "Air sungai itu disangsikan akan kering."

Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: "Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?" Mereka menjawab: "Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah." Lelaki itu bertanya lagi: "Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?" Mereka menjawab: "Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab." Lelaki itu bertanya lagi: "Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?" Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

Orang besar itu berkata lagi: "Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya." Kata orang besar itu lagi: "Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya."

Kata Tamim Al-Dariy lagi, "Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: "Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?" Mereka menjawab: "Ya, sudah ya Rasulullah." Rasulullah s.a.w berkata lagi: "Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur," kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.

Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfihan.

Khutbah Rasulullah SAW tentang Dajjal

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

"Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf..

"Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka.. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

"Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: "Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?" Orang Arab itu akan berkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu."

"Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: "Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah."

Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga."

Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

"Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.

"Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

Dalam hadis yang lain, "di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur."

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: "Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.

Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi."

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: "Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: "Mengapa menangis?" Saya menjawab: "Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya."

Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a..w bersabda: "Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."

Ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu."

Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: "Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?" Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: "Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?" Mereka semua menjawab: "Ya, kami ingin." Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh Dajjal itu."

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita. Wallahu A'lam.

Kedatangan Nabi Isa

Diriwayatkan oleh Muslim dari Al-Nawas bin Sam'an bahawa Rasulullah bersabda tentang Nabi Isa: "Beliau akan turun berdekatan dengan menara putih di timur Damsyik, dengan memakai pakaian kuning. Dua telapak tangannya terletak di atas sayap dua malaikat. Apabila dia menundukkan kepalanya menitislah air. Apabila dia mengangkat kepalanya lagi, turunlah daripadanya seperti untaian mutiara."

Berdasarkan hadis ini bererti Nabi Isa akan turun di Syam, bahkan juga di Damsyik, iaitu di sisi menara sebelah timur. Beliau akan turun pada waktu fajar. Ibnu Katsir ada berkata: "Sesungguhnya tidak ada di Damsyik menara yang dikenal di sebelah timurnya kecuali yang berada disamping masjid jamik Amawi, iaitu di sebelah timur Damsyik."

Menara tersebut telah diperbaiki pada zaman Ibnu Katsir, iaitu pada tahun 741 hijrah. Pembiayaannya diambil dari harta orang-orang Nasrani yang sebelumnya telah membakar menara masjid tersebut. Besar kemungkinan nanti Nabi Isa akan turun di tempat itu.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Para nabi semuanya bersaudara disebabkan ayah mereka satu dan hanya ibu mereka yang berlainan. Sedangkan agama mereka adalah satu. Dan akulah orang yang paling dekat dengan Isa bin Maryam kerana tidak ada Nabi di antara kami. Sesungguhnya dia akan turun. Apabila dia turun nanti, untuk me-ngenalinya orangnya sedang dan kulitnya putih kemerah-merahan. Dia memakai pakaian yang kuning. Dari kepalanya seperti menitis air walaupun rambut dan kepalanya tidak basah. Dia akan mengajak orang kepada Islam. Pada zamannya juga nanti dia akan menghancurkan segala agama kecuali Islam. Allah SWT akan membinasakan Dajal pada zamannya, bahkan di tangannya. Pada zamannya nanti dunia akan aman sehingga harimau dan unta berkawan dengan baik. Begitu juga harimau dengan lembu, serigala dengan kambing. Kanak-kanak akan bermain dengan ular dan ular itu tidak menggigit mereka. Keadaan seperti itu berjalan selama empat puluh tahun. Kemudian Nabi Isa a.s. wafat dan disembahyangkan oleh kaum muslimin."

Muhammad s.a.w adalah nabi penutup dan tidak akan ada lagi nabi sesudahnya. Turunnya Nabi Isa pada akhir zaman akan menguatkan lagi kebenaran agama Islam. Islam bererti menyerahkan segala urusan bagi Allah yang Maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya, beriman dengan semua Rasul, berserah kepada Allah dan taat dengan sebenar-benar taat. Itu semua sebenarnya sudah dianjurkan oleh agama-agama langit semenjak zaman Nabi Ibrahim, selaku bapa nabi-nabi, sampai kepada Muhammad s.a.w selaku nabi terakhir.

Isa a.s. adalah nabi dan rasul yang mulia, datang dari sisi Allah. Beliau dahulu sudah ada membawa syariat kepada umatnya tiba-tiba beliau diangkat ke langit. Nanti di akhir zaman beliau akan turun lagi dengan izin Allah tetapi bukan membawa agama atau syariat baru. Beliau datang nanti untuk menguatkan agama Islam,

Ummu Syuraik bertanya kepaad Rasulullah s.a.w tentang hari Dajal: "Ya Rasulullah, ke mana orang-orang Arab ketika itu?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Jumlah mereka pada waktu itu terlalu sedikit. Mereka lari ke Baitul Maqdis menjumpai Imam mereka, seorang lelaki soleh (Imam Mahdi menurut riwayat itu).

"Ketika Imam mereka sudah berdiri di depan untuk mengimami solat Subuh, tiba-tiba datang Nabi Isa. Imam mereka itu mundur untuk memberi peluang kepada Nabi Isa untuk mengimami solat Subuh itu tetapi Isa a.s sambil memegang bahu Imam itu berkata: "Teruskanlah, sesungguhnya iqamat dibacakan untuk engkau." Maka sembahyanglah mereka semua di belakang Imam tadi.

"Selesai solat, Isa a.s berkata kepada semua jemaah: "Bukakan pintu itu." Mereka membuka pintu masjid itu, tiba-tiba Dajal sudah berdiri di situ dan di belakangnya ada 70,000 Yahudi lengkap membawa senjata.

"Melihat Nabi Isa ada di dalam masjid itu, Dajal tiba-tiba saja layu atau cair seperti cairnya garam disirami air. Dajal itu lari terbirit-birit kerana ketakutan. Nabi Isa bersama kaum Muslimin terus saja mengejarnya kemudian menjumpainya di Babu Luddi. Dan di sanalah Nabi Isa membunuh Dajal itu.

"Orang-orang Yahudi pun akan dikalahkan dan dibinasakan Allah pada waktu itu. Mereka cuba lari dan bersembunyi tetapi semua benda tempat mereka bersembunyi akan pandai bercakap atau bercerita dengan izin Allah. Benda-benda dimaksud termasuklah dinding, batu, pokok kayu dan sebagainya. Kalau ada orang Yahudi yang bersembunyi di balik belakang mereka, benda-benda itu akan memberitahukannya. Termasuk juga satu pokok berduri (disebut pokok Yahudi), jika mereka bersembunyi di bawahnya, pokok itu akan berkata: "Wahai hamba Allah yang beriman, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia."

Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Dajal akan berada di dunia selama empat puluh tahun. Satu tahun lamanya seperti setengah tahun, terkadang seperti satu bulan. Satu bulan seperti satu minggu. Dan pada hari yang terakhir terasa sekejap sahaja. Pagi-pagi kamu berada di pintu masuk kota Madinah (Madinah pada zaman Rasul), sampai kamu di pintu yang lain hari pun masuk waktu malam."

Mendengar yang demikian ada yang bertanya: "Bagaimana kami mengerjakan solat dalam waktu yang begitu singkat ya Rasulullah?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Ukur sajalah jaraknya dan bandingkan dengan waktu yang panjang sekarang ini."

Rasulullah s.a.w berkata: "Isa bin Maryam akan memimpin umatku dengan bijaksana dan adil. Beliau akan menghancurkan salib-salib yang ada di dunia ini dan akan membunuh semua babi. Beliau juga akan menghapuskan cukai. Manusia pada waktu itu tidak perlu membayar cukai, bahkan zakat pun tidak dibayar lagi kerana tidak ada orang yang berhak menerimanya.

"Pada hari itu semua makhluk dalam keadaan aman dan tenteram. Tidak ada saling cemburu, dengki, saling memarahi dan mengganggu antara sesama makhluk Allah. Sehingga ada anak perempuan yang bermain-main dengan harimau dan harimau itu tidak menerkamnya, begitu juga kambing berkawan dengan serigala. Seluruh dunia ketika itu nanti diliputi oleh kedamaian, keamanan dan ketenteraman. Bahkan ketika itu nanti tidak ada pertelingkahan keyakinan dan pendapat. Tidak ada yang disembah selain Allah.

"Orang Arab ketika itu nanti akan merampas kembali semua miliknya. Bumi mengeluarkan cahayanya, menumbuhkan tanam-tanamannya seperti zaman Nabi Adam. Sehingga manusia akan memetik buah anggur dan delima sehingga mereka kenyang memakannya."

Ibnu Katsir berkata: "Abdul Rahman Al-Muharibiy berkata: "Sebaiknya hadis ini dijadikan untuk mendidik saja. Hadis ini tidak sahih tetapi banyak hadis lain yang hampir sama maksudnya dengannya. Di antaranya ada diriwayatkan oleh Muslim dari Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Kamu akan memerangi orang-orang Yahudi. Kamu akan memerangi mereka habis-habisan sehingga batu tempat mereka bersembunyi pun akan berkata: "Wahai orang muslim, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia."

Menurut riwayat, bumi nanti akan mengeluarkan segala khazanah kekayaannya, iaitu pada zaman Nabi Isa. Pada waktu itu dunia dalam keadaan makmur dan harta melimpah ruah, sehingga tidak ada lagi orang yang berhak menerima zakat.

Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Sudah hampir masanya turun kepada kamu Ibnu Maryam menjadi hakim yang adil, yang akan membunuh Dajal, membunuh babi, menghancurkan salib dan menghapuskan cukai kerana harta ketika itu melimpah ruah. Ketika itu nanti manusia hanya sujud kepada Allah Tuhan sekalian alam."

Diriwayatkan oleh Ahmad, dari Ibnu Mas'ud, dari Rasulullah s.a.w: "Pada malam aku diisrak mikrajkan, aku telah berjumpa dengan Ibrahim, Musa dan Isa a.s. Mereka membincangkan hari kiamat dengan menanyakan permasalahannya kepada Ibrahim. Tetapi beliau hanya menjawab: "Tidak ada pengetahuanku tentang hari kiamat. Cuba kalian tanya kepada Musa." Mereka tanya Nabi Musa tetapi beliau juga hanya menjawab: "Aku tidak tahu tentang kiamat. Cuba kalian tanyakan kepada Isa."

"Mereka tanyakan kepada Isa kemudian beliau berkata: "Sebenarnya tidak ada yang mengetahui masalah ini kecuali Allah. Menurut yang dijanjikan Allah kepadaku, Dajal nanti muncul sedangkan di tanganku ada dua sabit (alat pemotong). Sebaik saja Dajal itu melihat aku, dia pun hancur seperti hancurnya timah yang terkena panas. Allah akan membinasakannya, begitu juga orang-orang kafir lainnya. Sehingga batu dan pokok kayu nanti akan ikut berkata: "Wahai orang muslim, di bawahku ada orang kafir bersembunyi, marilah dan bunuhlah dia."

Kata Nabi Isa lagi: "Setelah Allah SWT membinasakan mereka, orang-orang muslim pulang ke rumah mereka masing-masing. Dalam keadaan demikian keluar pula Yakjuj dan Makjuj, yakni bertebaran dari segenap penjuru.

Kerana banyaknya Yakjuj dan Makjuj itu, maka semua kampung dan tempat tidak ada yang tidak dipijak oleh mereka. Mereka memakan semua makanan yang ada dan meminum semua air. Setelah habis makanan dan buah-buahan, daun-daunan pun habis mereka makan. Air sungai dan tasik semua habis mereka minum."

Tambah beliau lagi: "Orang-orang mukmin ketika itu tidak tahan melihat ulah Yakjuj dan Makjuj itu sehingga mereka memohon kepada Allah supaya dibinasakan binatang itu. Berkat doa mereka itu, Yakjuj dan Makjuj itu mati semua. Sekarang timbul masalah yang cukup besar lagi, yakni bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan di mana-mana. Di mana-mana seluruh dunia terasa bau bangkai. Akhirnya Allah SWT menurunkan hujan lebat sehingga bangkai-bangkai itu hanyut ke sungai dan kemudian hanyut ke laut."

Diriwayatkan oleh Ismail bin Ishak, Rasulullah s.a.w bersabda: "Belum terjadi kiamat sebelum Isa bin Maryam berjalan di udara untuk mengerjakan haji dan umrah, atau sehinga Allah SWT menghimpunkan haji dan umrah dan menjadikan Ashabul Kahfi sahabatnya. Nabi Isa dan kelompok Ashabul Kahfi akan berjalan untuk mengerjakan haji kerana mereka selama ini belum mati dan belum pernah mengerjakan haji."


Sebelum ini sudah diterangkan riwayat dari Abu Hurairah yang mengatakan bahawa Nabi Isa a.s akan memimpin dunia nanti selama 40 tahun. Namun demikian disebutkan dalam sahih Muslim, dari Abdullah bin Amr bahawa Nabi Isa akan berada di dunia selama 7 tahun. Pendapat yang lebih kuat ialah yang mengatakan 40 tahun. Menurut Ibnu Katsir kedua-dua pendapat itu sama-sama benar. Maksudnya kata beliau Nabi Isa diangkat ke langit pada usia 33 tahun, kemudian turun nanti ke dunia selamaa 7 tahun lagi, yakni sebelum beliau diwafatkan Allah SWT. Setelah tujuh tahun memimpin dunia, Nabi Isa wafat. Maka umur Nabi Isa secara keseluruhannya 40 tahun. Wallahu A'lam.

Menurut Ibnu Katsir, sesuai dengan yang termaktub dalam hadis sahih, Yakjuj dan Makjuj akan keluar pada zaman Nabi Isa. Kemudian Allah SWT memusnahkannya berkat doa Nabi Isa pada satu malam. Ada juga disebutkan dalam hadis bahawa Nabi Isa akan mengerjakan haji setelah turun nanti. Muhammad bin Ka'ab Al-Quraiziy berkata, Ashabul Kahfi akan menjadi sahabat Nabi Isa nanti dan mereka akan sama-sama mengerjakan haji. Katanya Nabi Isa akan wafat di Madinah. Beliau akan disembahyangkan oleh kaum muslimin dan dimakamkan berdekatan dengan makam Rasulullah s.a.w.

Menurut riwayat, Isa bin Maryam akan dimakamkan bersebelahan dengan kuburan Nabi Muhammad s.a.w, kuburan Abu Bakar dan Umar. Bererti kuburan Nabi Isa merupakan kuburan yang keempat.